Umum

‘Kluster mahkamah’ tak layak jadi menteri: Naib Presiden PKR

  

Sesiapa yang mempunyai kes mahkamah yang belum selesai tidak sepatutnya berada dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata tidak mengapa jika tiada keputusan telah dicapai dalam kes mereka, kerana mengetepikan mereka akan menghalang isu pada masa hadapan.

“Orang ramai tetap bimbang tentang kes rasuah yang melibatkan ahli politik. Kabinet yang bebas daripada individu ini akan meredakan ketakutan itu,” kata menurut Sinar Harian semalam (26 November 2022).

Beliau berkata keupayaan sahaja tidak seharusnya

menjadi kriteria untuk memegang jawatan Kabinet kerana terdapat pertimbangan lain.

Ahli Parlimen dengan kes mahkamah yang belum selesai termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Kerajaan pimpinan Anwar turut dianggotai DAP, UMNO, AMANAH, PKR dan MUDA.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Ahli PArlimen Bagan Datuk berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah, melibatkan jutaan ringgit.

Guan Eng, pula berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, iaitu didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu. Dia diarah membela diri terhadap kesnya.

Manakala, Bung Moktar yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual. Isterinya Zizie Izette turut didakwa bersubahat.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top