Gaya Hidup

Casio Lancar G-SHOCK Edisi Khas XG, Peminat K-Pop & Streetwear Mesti Suka

Casio Lancar G-SHOCK Edisi Khas XG, Peminat K-Pop & Streetwear Mesti Suka

TOKYO – Casio memperkenalkan dua jam tangan G-SHOCK edisi khas hasil kolaborasi bersama kumpulan hip hop dan R&B popular XG, sekali gus menggabungkan elemen muzik, fesyen dan budaya pop dalam satu koleksi unik.

Dua model baharu tersebut ialah GM-S5600XG dan GMA-S110XG yang diinspirasikan daripada identiti serta gaya berani kumpulan tujuh anggota itu.

XG yang dianggotai JURIN, CHISA, HINATA, HARVEY, JURIA, MAYA dan COCONA sebelum ini dilantik sebagai duta global G-SHOCK pada Julai 2025.

Jam tangan dengan vibe XG

Model GM-S5600XG tampil dengan rekaan berasaskan siri klasik 5600 yang terkenal dalam dunia G-SHOCK.

Apa yang menarik perhatian ialah kemasan kaca berwarna pelangi yang berubah mengikut sudut cahaya, menggambarkan identiti XG yang digambarkan sebagai pelbagai dimensi dan penuh karakter.

Logo XG turut diletakkan pada muka jam, gelung tali serta penutup belakang jam tangan tersebut.

Sementara itu, model GMA-S110XG pula hadir dengan warna merah jambu terang bersama corak marmar unik yang diinspirasikan daripada aura muzik R&B era 1990-an.

Muka jam model itu juga mempunyai kemasan terpolarisasi yang menghasilkan perubahan warna apabila dipusingkan pada sudut tertentu.

Gabungan fesyen, muzik dan street culture

Kolaborasi itu dilihat sebagai usaha Casio untuk terus mendekati generasi muda yang meminati budaya streetwear, muzik dan aksesori fesyen.

Rekaan jam tangan tersebut juga lebih berani berbanding model G-SHOCK biasa, menjadikannya sesuai untuk peminat fesyen urban dan kolektor.

Setakat ini, Casio belum mengumumkan harga rasmi bagi pasaran Malaysia.

Video temu bual khas bersama XG turut dikongsikan sempena pelancaran koleksi berkenaan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top