Umum

Siapa Numan Afifi yang membebaskan ‘Drag Queens’ dan Transgender pada malam Halloween.

PDRM dan JAWI semalam telah bertindak menyerbu ruang acara RexKL yang terletak di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Serbuan itu dilakukan semasa acara Halloween yang berlangsung di premis terbabit.

Melalui ciapan BFM News di laman Twitter miliknya, dipercayai pihak polis dan JAWI telah bertindak menahan beberapa ‘drag queen’ dan kumpulan trangender yang menghadiri acara terbabit.

Sebahagian pengunjung turut ditahan di premis terbabit sebelum dibebasakan tidak lama selepas itu.

Aktivis LGBT Numan Afifi menulis di Twitter bahawa 20 orang telah dibawa keluar dengan Black Maria untuk siasatan. Dia antara yang dipanggil untuk disoal siasat.

Setakat semalam juga, Numan berkata 20 orang telah menawarkan diri untuk membayar wang ikat jamin. Tambahnya, kesemua mereka yang ditahan dijangka telah dibebaskan.

Ramai tertanya siapa Numan Afifi ini sehingga sanggup memperjuangkan nasib LGBT di Malaysia.

Numan Afifi ini merupakan presiden Pelangi Campaign – kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) – mengakui beliau sendiri diajukan banyak pertanyaan berkaitan acara itu.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi salah seorang pegawai akhbar untuk Syed Saddiq sebelum meletak jawatan akibat terpalit kontroversi dalam penglibatan penganjuran acara buka puasa ‘Big Gay Iftar’.

Walaupun telah meletakkan jawatan, namun pada banjir tahun beliau telah bergerak aktif sebagai NGO yang bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Maka apakah “stand” atau pendirian MUDA tentang LGBT perlu diperjelaskan kerana parti itu mendakwa mewakili orang muda.

Ke arah manakah orang muda Malaysia mahu dibawa memandangkan parti itu dibimbangi mempunyai hubungan yang rapat dengan sebuah gerakan LGBT.

PALING POPULAR

To Top