Umum

MUDA tidak lagi bersama blok kerajaan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan menjadi pembangkang kuasa ketiga.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam satu kenyataan mengumumkan keputusan untuk tidak bersama blok kerajaan dan akan duduk bersama pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Antara sebab tindakan itu adalah keputusan Peguam Negara yang mendorong keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebas Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 kes pertuduhan tanpa penjelasan yang meyakinkan dan telah menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum.

Sehubungan keputusan tersebut, MUDA percaya bahawa institusi perundangan negara ini telah dicemari dan kerajaan Perpaduan seolah-olah telah menormalisasikan budaya rasuah.

Menurut kenyataannya, janji-janji reformasi yang ditaburkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diabaikan dengan pelbagai alasan oleh kerajaan hari ini.

Namun begitu, MUDA akan itu akan terus komited untuk menyokong usaha kerajaan dalam agenda pembangunan negara progresif yang memerlukan undi dua per tiga dewan seperti agenda reformasi institusi.

Kata kenyataan itu lagi, Syed Saddiq telah memaklumkan keputusan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat rasmi untuk memberi pertimbangan di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.

PALING POPULAR

To Top