Umum

Syed Saddiq umum kosong jawatan Presiden MUDA

Gambar FB Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah mengumumkan bahawa beliau akan mengosongkan jawatan Presiden parti MUDA berkuat kuasa serta-merta.

Syed Saddiq berkata, ia bagi membolehkan beliau membersihkan nama daripada sabitan hukuman oleh mahkamah yang baru saja diputusakan.

“Selepas berbincang, kami membuat keputusan bahawa saya akan mengosongkan jawatan sebagai Presiden MUDA serta-merta sementara saya membersihkan nama melalui proses mahkamah,” katanya sebelum menyatakan jawatan Presiden akan dipangku Timbalan Presiden MUDA, Amirah Aishah.

Beliau berkata demikian semasa sidang media yang adakan pada petang hari Khamis.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan tidak akan terbabit dalam politik MUDA sepanjang tempoh berdepan kes di mahkamah, bagaimanapun beliau akan tetap menyokong parti itu sebagai seorang ahli.

PALING POPULAR

To Top