Buletin

Muhyiddin Yassin senaraikan penggunaan dana SRC RM42 juta oleh Najib Razak

Perang mulut diantara dua bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak terus berlarutan, apabila Muhyiddin Yassin Selaku Pengerusi Perikatan Nasional itu menyenaraikan penggunaan dana RM42 juta SRC Internatinal oleh bekas ‘bosnya’, itu.

Dalam perkongsian terbaharunya di Facebook, Muhyiddin berkata, bukti sahih penggunaan dana tersebut, seperti disebut dalam mahkamah, jelas menunjukkan ia tidak bermaksud untuk tujuan sedekah, atau tanggungjawab sosial koporat (CSR).

Beliau juga berkata, dana berkenaan sebaliknya digunakan oleh Najib atas tujuan peribadi, dan politik.

“Ya, adalah juga duit yang diberi kepada anak-anak yatim. Tetapi jumlahnya tak seberapa jika dibandingkan untuk kegunaan peribadi dan politik. Ini tak termasuk RM4 bilion duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dipinjamkan kepada SRC yang lesap entah ke mana.

“Akhirnya, kerajaan terpaksa membayar hutang SRC kepada KWAP kerana hutang ini dijamin oleh kerajaan ketika Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mendapati Najib merampok syarikat SRC daripada wang KWAP, iaitu wang rakyat, wang orang pencen,” katanya lagi.

Namun, ini adalah beberapa fakta yang telah dikongsikan oleh Muhyiddin Yassin ‘kemana dana SRC 42 Juta’ itu pergi. Antaranya;

RM449,586.95 untuk bayar Kad Kredit Visa Platinum Najib, RM2,833,147.21 untuk bayar kad kredit Mastercard Platinum Najib.

RM240,000 dibayar kepada Vital Spire Sdn Bhd milik seorang ADUN Umno Johor untuk mengendalikan sebuah portal online.

RM2.5 juta dibayar kepada sebuah firma guaman untuk kerja-kerja “political intelligence”, RM238,914 dibayar kepada seorang Tan Sri untuk kerja-kerja mempromosi Ah Jib Gor kepada masyarakat Cina, RM100,000 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membina bilik stor kediaman peribadinya di Kuala Lumpur, RM56,500 dibayar kepada sebuah syarikat plumbing untuk kerja-kerja pemasangan tangki air di kediaman peribadinya di Kuala Lumpur, RM77,300 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membaiki kediaman peribadinya di Pekan dan Puluhan juta ringgit lagi untuk lain-lain kegunaan peribadi dan politik.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Najib sering menuduh dirinya sebagai pengkhianat, tetapi beliau tidak pernah dituduh, atau didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah.

Beliau berkata, ia berbeza sekali dengan Najib, yang telah pun didapati bersalah di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, termasuk ayat yang digunakan Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil terhadap Najib Frasa ‘national embarrassment’ dipetik daripada ungkapan yang digunakan Pengerusi Panel Tiga Hakim
tersebut terhadap Najib. bagi mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

“There is no national interest here, just a national embarrassment (tiada kepentingan nasional, hanya memalukan negara),” kata Abdul Karim.

“Najib berulang kali tuduh saya khianat. Tapi tak ada satu mahkamah pun menjatuhi hukuman bersalah ke atas saya. Dia juga tanya saya berapa wang yang saya belanjakan untuk rakyat?

“Sepanjang saya jadi PM, RM530 bilion saya sediakan untuk rakyat dalam macam-macam bentuk pakej bantuan dan rangsangan ekonomi. Satu sen pun tak masuk akaun saya. Bukan macam dia, berbilion masuk akaun sendiri. Itulah dia boss awak,” sindirnya lagi.

PALING POPULAR

To Top