Business

MYEG mengadakan kerjasama dengan Beitou IT Innovation

MYEG Services Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Gunaxi Beitou IT Innovation Technology Investment Group Co. Ltd, sebuah firma milik kerajaan China, dalam usaha untuk memanfaatkan platform blockchain Zetrix untuk pengesahan kelayakan rentas sempadan, mengorak langkah ke hadapan bagi pendigitaln dokumen penting, termasuk dokumen pengenalan utama keluaran kerajaan.

Menggunakan platform blockchain, rakan kerjasama telah mengadakan demonstrasi bersama yang membolehkan pengeluaran lesen memandu digital sebagai kelayakan yang disahkan, bermula dengan rakyat China.

Demonstrasi tersebut telah dijalankan di China-ASEAN Expo pada 16-20 September 2023ndi Nanning, ibu negeri daerah autonomi Guanxi Zhuang Autonomous di selatan China.

Melalui perisian Zetrix, pemegang lesen memandu China dapat memohon dokumen versi digital dalam bentuk kelayakan yang disahkan secara atas talian dan akan disimpan di dalam dompet blockchain Zetrix.

TS Wong, pengasas dan pengarah urusan kumpulan MYEG berkata “kami akan terus membangunkan aplikasi Web3 memanfaatkan fungsi uniknya yang dapat mengesahkan dokumen digital termasuk dokumen pengenalan dan dokumen perdagangan. Aplikasi seperti ini mampu membawa 1 billion pengguna ke Web3”.

En. Shuiping Lai, Pengerusi Beitou IT Innovation pula berkata “kolaborasi dengan MYEG ini merupakan langkah penting dalam pembangunan perniagaan di ASEAN. Platform pengesahan kelayakan digital rentas sempadan menggunakan infrastruktur antarabangsa adalah percubaan penting untuk kedua MYEG dan Beitou IT Innovation. Dengan memanfaatkan ciri keselamatan blockchain, platform ini mampu menyampaikan kemudahan komunikasi rentas sempadan kepada penduduk China-ASEAN sambil dalam pematuhan perundungan”.

Perkhidmatan rentas sempadan yang ditawarkan melalui kerjasama ini dijayakan menggunakan Zetrix, iaitu sebuah Layer-1 blockchain yang dibangunkan oleh MYEG.

Inisiatif terbaru ini menyasar untuk menguatkan lagi kedudukan MYEG sebagai pemboleh perintis dan innovator dalam pendigitalan proses perdagangan rentas sempadan terutamanya antara China dan seluruh dunia.

Pada Mac yang lalu, MYEG telah menandatangi perjanjian dengan GACC, General Administration of Customs of the People’s Republic of China, dalam menyediakan fasilitasi perkhidmatan rentas sempadan penuh. Perkhidmatan itu yang dikenali sebagai ZTrade sedang digunakan di Malaysia dan Philippines dengan usaha untuk mengembangkannya ke semua negara ASEAN dan daerah RCEP, Regional Comprehensive Economic Partnership yang lain.

 

 

Sumber MYEG, Zetrix

PALING POPULAR

To Top