Umum

Najib kekal dipenjara, mahkamah tidak benar semak kes SRC

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dibenarkan untuk menyemak keputusan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan di sini, pada Jumaat.

Prosiding ini didengar oleh lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Ini bermakna bekas Ahli Parlimen Pekan ini kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Dilaporkan, Najib sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan pada 2 September 2022.

Keputusan itu dibuat dengan majoriti 4-1 iaitu Vernon Ong, Rhodzariah, Nordin dan Abu Bakar menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.

Sementara Abdul Rahman menentang keputusan tersebut kerana berpandangan sebaliknya.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top