Buletin

Najib menyalahgunakan kuasanya dalam kes SRC – Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan telah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mensabitkan kesalahan keatas Najib Razak kerana menyalahgunakan kuasanya dalam kes SRC International.

Ini berdasarkan keputusan yang sedang diputuskan oleh hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada bekas perdana menteri itu pada Julai tahun lepas.

Najib didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dengan melakukan kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri di sini antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Beliau mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan untuk memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman SRC International berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWSP) pada 2011 dan 2012.

Sebanyak RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun banknya antara Disember 2014 dan Februari 2015, perbicaraan telah mendengar sebelum ini.

Penalti di bawah Seksyen 24 Akta itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang tinggi.

PALING POPULAR

To Top