Umum

Nasib Syed Saddiq diketahui esok

Selepas lebih setahun didakwa atas empat pertuduhan iaitu subahat, pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram, nasib penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dibebaskan atau diperintah membela diri akan diketahui di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid akan memutuskan perkara sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau sebaliknya.

Dalam kes berkenaan, pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam, Gobind Singh Deo mewakili Syed Saddiq.

Mahkamah akan meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, menyemak eksibit kes dan mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan.

Jika mahkamah mendapati pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie, Syed Saddiq akan diperintah untuk membela diri.

Namun, jika keadaan sebaliknya, beliau akan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Perbicaraan kes bermula pada 21 Jun lalu dengan ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz, 62 ,dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, 69, memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top