Umum

4 fasa Pelan Pemulihan Negara, Ini Beberapa Fakta Yang Perlu Di Ketahui!

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan empat fasa pemulihan negara dengan mensasarkan sidang Parlimen dibuka semula dalam fasa ketiga yang dijangka akan bermula sekitar bulan September atau Oktober depan.

Perdana Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara iaitu strategi peralihan keluar secara berfasa dari pandemik Covd-19.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan dengan empat fasa itu dirangka secara berdasarkan data dan sains untuk membolehkan masyarakat kembali kepada kehidupan harian biasa.

Fasa 1

– Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4, 000 kes.

– Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana.

– 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Fasa 2

– Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis.

– Hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.

– Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor.

– Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Fasa 3

– Semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup.

– Boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold seperti purata kes harian Covid19 menurun ke paras bawah 2, 000 kes.

– Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi.

– 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

– Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021.

– Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi.

– Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua.

– Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat.

– Semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.

Fasa 4

– Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500 kes.

– Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi.

– 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

– Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021.

– Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

– Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat.

PALING POPULAR

To Top