Umum

PLKN 3.0 hanya melibatkan remaja yang lahir pada tahun 2007

Gambar Hiasan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 hanya akan melibatakan remaja yang lahir pada tahun 2007 sekiranya program itu dilaksanakan semula bermula tahun hadapan.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, secara dasarnya, kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baharu (PLKN 3.0), selaras Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Pelatih dipilih yang tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan boleh memohon penangguhan.
“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun,” katanya pada Jumaat.

Sejak kenyataan Mindef pada 31 Oktober berkaitan perlaksanaan semula PLKN 3.0, telah tular di media sosial mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.

Mindef turut berharap agar penjelasan tersebut dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0.

PALING POPULAR

To Top