Umum

Syed Saddiq didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan

Gambar FB Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan itu dibuat oleh hakim Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di hujung kes pembelaan. Hakim Azhar berkata, “Mahkamah memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah. Oleh itu, tertuduh didapati bersalah di atas kesemua pertuduhan.”

Kini, mahkamah sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

Syed Saddiq, 30, dan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razal didapaati bersubahati kerana melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, Presiden MUDA itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Beliau akan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika didapati bersalah.

PALING POPULAR

To Top