Umum

Syed Saddiq dikenakan hukuman penjara 7 tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta

Gambar FB Syed Saddiq

Susulan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.

Dalam pertuduhan pertama, beliau didakwa bersubahat melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta dana milik sayap Angkatan Muda Bersatu (Armada) pada Mac 2020. Bagi pertuduhan ini, Syed Saddiq diarah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan satu kali sebatan.

Bagi dua pertuduhan penggubahan wang haram yang membabitkan dua transaksi RM50,000 setiap satu, beliau dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5 juta, yang akan berjalan serentak.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan sekali sebatan bagi pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 sumbangan parti milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Jika gagal membayar denda, Mahkamah juga mengarahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara tambahan selama empat tahun. Permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dibenarkan oleh hakim.

PALING POPULAR

To Top