Umum

Jenazah Tia Jinbara selamat dikebumikan

Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia, nama sebenar Shamsul Bakhtiar, 53, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.17 malam di Hospital Shah Alam akibat kanser hati.

Tia cukup terkenal menerusi lagu hits Farhana (Puteri Bumi Kenyalang).

Jenazah yang juga ahli kariah Masjid Kota Raja tiba jam 8.30 pagi untuk dimandi dan dikafankan. Jenazah selamat dikebumikan jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang.

Lebih 200 orang hadir mengiringi penyanyi itu ke persemadian terakhirnya termasuk rakan artis seperti Ali, Anjang, Ameng, Adifashla, Bagio, Cepot, Ismahalil, Nizam Laksamana, dan Liza Hanim.

PALING POPULAR

To Top