Umum

Tiket konsert final All Stars Gegar Vaganza mula dijual

Gambar Awani / Gempak

Peminat All Stars Gegar Vaganza boleh mengalami sendiri malam kemuncak program kegemaran ramai itu secara langsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 10 Disember depan.

Sebanyak tujuh kategori tiket telah diumumkan iaitu kategori All Stars (RM 688), Gegar (RM 468), Vaganza(RM 368), Vazz(RM 288), Terangkat(RM 188), Menyengat (RM128) dan Bintang (RM88).

Pembeli tiket All Stars berharga RM688 layak menyertai sesi Meet & Greet yang akan diadakan pada hari sama pukul 3 hingga 5 petang di Axiata Arena, dan juga bakal menerima merchandise All Stars Gegar Vaganza.

Sehubungan itu, dilaporkan 10 peratus daripada hasil jualan tiket bakal disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Sementara itu, pelanggan Astro boleh menikmati diskaun sebanyak RM100 dengan pembelian tiket dilakukan menerusi aplikasi MyAstro.

Tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my bermula 13 November ini.

 

 

Sumber Awani

PALING POPULAR

To Top