Umum

Tuan Ibrahim yakin PN bentuk kerajaan 19 November ini

Jangkaan ini berdasarkan sokongan kepada PN yang semakin meningkat dan mood perubahan yang ditunjukkan rakyat sehingga kini.

Di sebalik pelbagai ramalan politik, kita lihat sokongan kepada PN semakin jelas khususnya dalam kalangan pengundi muda.

Pengundi muda mahu sebuah kerajaan bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa. Trend sokongan semakin meningkat ini dijangka akan lebih menyerlah pada hari-hari terakhir kempen.

Tidak timbul soal gabungan politik buat masa ini.

Apa yang dinyatakan SUA PAS hanyalah pilihan sedia ada dan telah sedia diulas oleh pelbagai pihak.

Namun bagi PN, usaha berterusan bagi membentuk kerajaan PN yang dipilih oleh majoriti rakyat mesti ditingkatkan.

Rakyat dan penjawat awam telah serik di bawah PH selama 22 bulan, dan tidak mungkin mengulangi kesilapan lampau.

Demikian juga dengan BN dengan pelbagai kemelut kluster mahkamah, terpalit dengan salahlaku dikalangan sebahagian pimpinan menyebabkan rakyat hanya punyai satu pilihan, iaiatu kerajaan PN.

Saya yakin kita mampu lakukannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man

15hb Nov 22.

Cheka, Kuala Lipis.

PALING POPULAR

To Top