Umum

Zahid Hamidi mempersiapkan diri untuk jadi PM?

Setelah provokasi yang dilakukan oleh Zahid Hamidi untuk membubarkan parlimen pada musim banjir menyebelahinya.

Kini, beliau dikhabarkan sedang menyiapkan diri untuk menjadi calon Perdana Menteri dan menghalang Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut sumber, bahawa setiap calon yang sudah menerima watikah pelantikan calon atau “watikah diminta menandatangani surat menyokong Zahid dengan memberinya mandat untuk membentuk kabinet, sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya.

Ini termasuk menyokong Zahid untuk berunding dengan mana-mana ahli parti politik lain dan melantik Ahli Parlimen pilihannya sebagai anggota kabinet.

Sekiranya BN menang pada PRU15 ini, Zahid sebagai ketua gabungan itu bakal berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan seterusnya, selaras dengan perlembagaan persekutuan.

“Beliau juga dikhabarkan akan pergi ke setiap negeri untuk menyampaikan surat watikah,” kata sumber Umno.

“Bagaimanapun, setiap penerima surat watikah itu mestilah bersyarat kepada mereka (calon yang akan dinamakan) menandatangani ikrar taat setia kepada presiden dan memberinya mandat untuk membentuk kerajaan, jika Umno-BN memenangi pilihan raya,” kata sumber itu.

Sebelum ini, beberapa ahli UMO juga dilihat telah menarik sokongan kepada Zahid Hamidi akibat keputusan beliau dalam mahukan pembubaran parlimen dan mengadakan PRU.

Ia termasuk Ketua Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dan beberapa penyandang termasuk Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara), dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Sehubung itu, beberapa nama telah dipilih bagi mengantikan tempat mereka antaranya bekas menteri besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan diletakkan di Kota Tinggi, manakala Ketua Pemuda Umno Tenggara Manndzri Nasib, akan bertanding di Tenggara.

Tambahan, beberapa nama juga telah dikeluarkan dari bertanding anataranya Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Jempol), and Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), telah di keluarkan dari bertanding.

Namun, senarai calon Umno ini boleh berubah sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

Ismail Sabri, selaku penyandang kerusi Bera dan naib presiden Umno, telah menerima tekanan hebat daripada parti itu dan Zahid untuk membubarkan Parlimen sekaligus  mengadakan pilihan raya awal tahun ini.

Beliau membubarkan Parlimen pada 10 Oktober.

Pengundian kini akan diadakan pada 19 November.

Gesaan Umno untuk pembubaran menjadi lebih agresif berikutan berakhirnya pilihan raya Johor pada Mac, di mana BN telah memenangi kemenangan yang besar dengan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Pada mesyuarat khas Umno dua bulan lalu, nama Ismail Sabri mendapat cemuhan apabila disebut oleh Zahid.

Akibat, dari kekalahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam keputusan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan sabitan dan hukumannya kerana rasuah dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Beliau dicemuh oleh seluruh ahli parti UMNO, dan namanya dibatalkan untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya kerana tidak mahu menolong dan melindungi kepentingan parti itu.

Zahid bagaikan tidak berduduk diam, dan ingin UMNO terus menerajui kerajaan apabila beliau bakal berdepan beberapa pertuduhan dalam penyelewengan duit Yayasan Akalbudi dan satu lagi melibatkan syarikat pengendian visa yang kini sedang rayuan oleh pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.

Sumber: The Vibes

PALING POPULAR

To Top