Umum

PN sedia pengangkutan pada hari mengundi

Jentera Perikatan Nasional (PN) mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pengundi pada hari pengundian, Sabtu ini.

Calon PN Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, langkah tersebut dilaksanakan sebagai alternatif memudahkan pengundi membuang undi sekiranya hujan berterusan melanda pada hari tersebut.

Menurutnya, inisiatif itu juga bagi memastikan peratusan keluar mengundi tinggi.

“Kita mahu jumlah peratusan tinggi kerana kita yakin yang keluar mengundi itu mengundi PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kerja-kerja kempen pada minggu akhir akan terus dipergiatkan.

Mohd Radzi dalam pada itu turut menyeru agar pengundi Putrajaya keluar mengundi terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman untuk pasangan membuang undi.

“Saya mohon pengundi khususnya Putrajaya kalau kata nak balik kampung untuk pasangan pengundi di kampung, undi dulu di sini,” katanya.

Mohd Radzi berhadapan dengan lima calon lain antaranya penyandang empat penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top