Umum

‘Kemenangan untuk keluarga kami’ – Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat melepas dan membebaskan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Deveploment Berhad (1MDB) sebagai suatu kemenangan buat keluarganya.

“Saya sempat bertemu dengan suami dan beliau menyatakan kesyukuran di atas keputusan itu.

“Syukur alhamdulillah, sebab kes ini adalah satu kemenangan bukan sahaja untuk suami tapi juga kepada keluarga selain memulihkan semangat kami,” katanya ketika ditemui selepas prosiding keputusan kes.

Sementara itu, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berharap, keputusan itu akan menjadi permulaan bagi semua perkara yang baik pada masa akan datang.

“Saya juga yakin dalam kes Syarikat SRC International Sdn Bhd, kita akan dapat menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah sekiranya Mahkamah Persekutuan mendengar semula perbicaraan itu,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, Najib dan Arul Kanda dibebaskan atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB, tujuh tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top