Umum

Menteri Kesihatan mengesahkan kedaan Rafizi semakin baik

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli semakin pulih selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara tersebut telah disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2023 Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan, Tambun pada hari Sabtu.

Alhamdulillah, saya pun sudah dapat berita kelmarin beliau semakin sihat dan insya-Allah kita harap dalam masa terdekat akan kembali melaksanakan tugas. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Beliau mengulas mengenai keadaan kesihatan Rafizi yang dilapor dirawat di PPUM selepas mengalami serangan jantung.

Difahamkan juga, Rafizi kini berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.

 

PALING POPULAR

To Top