Umum

Perikatan Nasional paling banyak dicari dalam Google Trends

Perikatan Nasional adalah gabungan politik yang paling banyak dicari dalam Google Trends dalam tempoh seminggu selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengikut enjin carian itu dalam tempoh yang sama, purata 90 carian dalam tempoh sejam adalah berkaitan Perikatan Nasional, diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan 64 carian, manakala Barisan Nasional (BN) 27 carian dan Gerakan Tanah Air (GTA) hanya lima carian.

Daripada sumber yang sama, carian berita berkaitan parti politik menunjukkan PH mendahului dengan 10 carian dalam setiap jam bagi tempoh seminggu selepas penamaan calon, diikuti rapat Perikatan Nasional dengan sembilan carian per jam dan BN (lapan), manakala GTA (lima carian).

Antara topik yang paling banyak dicari melibatkan Perikatan Nasional ialah berkaitan manifesto serta poster mengenai Nurul Bainun, menurut laporan BH.

Poster Nurul atan ‘Enon’ yang ‘menjual’ sedikit bahagian dadanya direka menggunakan aplikasi photoshop bagi menunjukkan dia adalah calon Perikatan Nasional yang kemudian dikongsinya dalam Facebook.

Tindakannya menerima kecaman netizen sebagai tidak profesional.

Sementara itu, carian membabitkan BN merangkumi topik berkaitan Pelan Amal dan Usaha (PADU) dan manifesto BN serta topik Langkah Sheraton.

Carian untuk PH pula membabitkan topik berkaitan ceramah PH, Sultan Nazrin dan Pakatan Harapan, perisytiharan harta PH serta Sijil Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top