Umum

40 beg tangan berkaitan kes 1MDB akan dilelong

Empat puluh unit bag tangan bernilai ratusan ringgit yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dalam proses dilelong, kata menteri undang-undang Azalina Othman Said. 

Dia berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan Lim Lip Eng (Pakatan Harapan-Kepong) yang manu tahu berkaitan jumlah aset dirampas dan apa yang akan berlaku padanya.

Azalina berkata Jabatan Peguam Negara sudah memfailkan permohonan untuk melucutkan hak aset-aset itu bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Pada Mei 2018, polis merampas beg tangan dan hadiah-hadiah dalam operasi menggeledah di rumah bekas perdana menteri Najib Razak di Kuala Lumpur.

Turut dirampas empat jam tangan berjenama, 171 beg tangan mewah dan 27 pasang kasut. 

Empat pulun begh yang akan dilelong itu dirampas pada Jun 2018.

Pada Ogos tahun sama, sebanyak 27 kenderaan Nissan Urvan juga dirampas pihak berkuasa.

Sementara itu, Azalina berkata wang lebih kurang RM66.96 juta yang disita oleh polis telah dimasukkan ke dalam akaun amanah khas Kementerian Kewangan.

Wang berjumlah lebih kurang RM16.06 juta yang disita oleh SPRM pula dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan.

Sumber: MalaysiaKini

PALING POPULAR

To Top