Umum

Calon BN yang kena tarik diri, kata calon PH di Padang Serai

Sepatutnya calon Barisan Nasional (BN) yang perlu menarik diri daripada bertanding di Parlimen Padang Serai, kata Mohamad Sofee Razak.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata Padang Serai adalah kubu kuat PKR dan tiada alasan untuk mereka memberi laluan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Malah, Mohamad Sofee berkata sepatutnya calon BN yang perlu berundur kerana kerajaan pusat sekarang diterajui Perdana Menteri daripada PKR.

“Saya menghormati pendapat C Sivaraj (calon BN) yang meminta PH menarik diri daripada saingan dan memberi sokongan kepada BN untuk memenangi PRK,” katanya dipetik laporan Malaysiakini hari ini.

Mohamad Sofee sebaliknya meminta BN keluar untuk menyokong PH bagi mengurangkan risiko pecah undi dan memastikan kemenangan PH pada PRK yang akan diadakan pada 7 Dis ini.

Dalam pada itu, Mohamad Sofee juga mempertahankan kerajaan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun terpaksa bergabung dengan UMNO-BN untuk membentuk kerajaan kerana tidak cukup majoriti.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top