Umum

Siti Bainun didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi kesalahan pertama iaitu mengabaikan Bella, dia dihukum penjara 10 tahun manakala pertuduhan kedua, menganiaya sebanyak 12 tahun.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh hukum itu.

PALING POPULAR

To Top