Umum

Tarikh mengundi ditetapkan 19 November

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan PRU15.

Berdasarkan tarikh-tarikh yang diumumkan, tempoh berkempen akan berlangsung selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon pada 5 Nov.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar PRU15 di Menara SPR, di sini pada Khamis.

Terdahulu, Abdul Ghani mempengerusikan mesyuarat khas SPR untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa 10 Oktober lalu.

PALING POPULAR

To Top