Umum

Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong

Dua petisyen dilancarkan berhubung Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petisyen berkenaan dilancarkan di platform change.org.

itu adalah “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan” digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja” digerakkan individu bernama Ariff Lias.

Tinjauan Astro AWANI ke laman berkenaan sehingga jam 11 pagi menunjukkan “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan” mendapat jumlah tandatangan terbanyak iaitu 135,643.

Ia sekali gus menghampiri sasaran sebanyak 150,000 tandatangan diraih sejak dilancarkan semalam.

Sementara itu, petisyen “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja” hanya mencatatkan 7,743 dengan sasaran sebanyak 10,000 tandatangan.

Kedua-dua petisyen memberi penjelasan tersendiri berhubung Pengampuan Diraja berkenaan.

Antara isu yang disentuh dalam pestisyen yang membantah pengampunan itu adalah berhubung kesan rasuah yang memberi kesengsaraan dan perasaan malu bagi rakyat.

Sementara bagi petisyen menyokong, isu yang diketangahkan adalah berhubung dakwaan ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman dalam kes SRC dihadapi Najib.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top