Umum

Gerakan bertanding 3 kerusi di Kedah

Gerakan akan bertanding di tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, kata presiden parti itu Dr Dominic Lau.

Lau bagaimanapun tidak mendedahkan tiga kawasan berkenaan dan memaklumkan, rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PN sudah selesai.

Menurutnya, pengumuman mengenai kerusi DUN yang akan ditandingi parti-parti komponen dalam PN akan dibuat pada 22 Jun ini.

“Oleh itu, kami telah maklumkan kepada pimpinan Gerakan dan persediaan mereka akan diteruskan dan saya memang berpuas hati dengan kerjasama parti komponen PN yang terdiri daripada PAS, Bersatu dan Gerakan di Kedah,” katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan Kedah di Alor Setar malam tadi.

Kedah memiliki 36 kerusi DUN dengan PN menguasai 21 kerusi, PH 11, manakala BN dan Pejuang masing-masing dua kerusi.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini dilaporkan berkata dia akan menghadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 25 Jun ini untuk mencadangkan tarikh pembubaran DUN Kedah pada 28 Jun.

– Bernama

PALING POPULAR

To Top