Umum

Wajarkah Najib Razak mendapat Pengampunan Diraja?

Semalam, menjadi satu lembaran baru kepada Malaysia apabila Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta.

Namun, belum sampai 24 jam beliau di penjarakan sudah ada suara-suara yang menyuarakan bahawa beliau boleh mendapat pengampunan diraja.

Walhal, beliau masih mempunyai beberapa kes besar yang bakal berjalan di Mahkamah antaranya rasuah 1MDB, pecah amanah RM 6.6 billion bersama TS Irwan, pemindaan laporan akhir audit 1MDB bersama Arul Kanda dan pengubahan wang haram RM 2.7 juta.

Jadi, persoalannya disini wajarkah beliau mendapat pengampunan diraja?

Najib didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

PALING POPULAR

To Top